CA31003
PENULISAN MEDIA BARU
MARIA
MARIANA 1996
PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR
1999
NAMA
|
NO.MATRIK
|
MARLIZA LYIANA BINTI
MOHAMAD
|
BA14161102
|
NURUL AIN ASMAA BINTI
ISMAIL
|
BA14110515
|
SITI AISHAH BINTI AZIZ
|
BA14161208
|
MOHAMAD NASHRIK AZWAD BIN
MOHD RAZALI
|
BA14110290
|
NOR ATIKAH BINTI ABDULLAH
|
BA14161148
|
1.0
BAHASA DAN POSTER (TEKS & NOMBOR)
Berdasarkan poster filem
Maria Mariana arahan Yusuf Haslam banyak menceritakan tentang kehidupan di
dalam sesebuah keluarga. Melaui poster filem ini dapat di lihat pada tajuk
filem Maria Mariana yang berwarna kuning dengan tema tulisan berbentuk Aharoni.
Tajuk yang dipaparkan di poster ini di besarkan bagi penegasan tentang sesebuah
filem ini. Seperti yang dilihat pada tajuk di dalam poster ini iaitu berwarna
kuning dan ada sedikit warna merah. Penggunaan warna kuning pada tajuk ini
menunjukkan sesuatu kedamaian dan kelembutan yang ada pada seseorang watak
namun dalam ada kelembutannya, terdapat sedikit kekerasan yang ada pada jiwa seorang
watak. Berdasarkan warna tajuk yang terdapat di dalam poster ini jelas
memaparkan peribadi watak kedua adik beradik iaitu Maria dan Mariana.
Selain itu, penggunaan watak
Jefri dalam poster ini adalah satu peggunaan yang sangat baik iaitu wataknya
diwarnakan hitam putih kerana dia merupakan watak sampingan dallam filem ini.
Hal ini bagi menimbulkan rasa keinginan kepada penonton apabila mereka melihat
poster dan membuatkan mereka akan tertanya-tanya tentang peranan watak Jefri
dalam filem ini.
Seterusnya watak Mariana
yang berada di atas motor ini digunakan dalam poster kerana bagi menunjukkan
sifat Mariana seorang yang ganas dan panas barang. Selain itu, Mariana juga
merupakan seorang yang sangat sosial dalam kehidupan sehariannya. Poster filem
ini sangat sesuai dengan peenggunaan watak Maria di hadapan. Kedudukan watak
Maria lebih besar berbanding Mariana kerana Maria merupakan watak heroin yang
penuh dengan sikap positif di dalam filem ini.
Dalam poster ini juga ingin
menyampaikan isu masalah sosial dalam kalangan masyarakat tidak kira dalam
kalangan remaja atau dewasa. Masalah sosial yang ditonjolkan adalah berkaitan
dengan permotoran iaitu lumba haram dan aktiviti permotoran di atas jalan raya sehingga melibatkan keselamatan nyawa
orang awam. Sememangnya, jalan cerita ini memang ingin memberitahu tentang
masalah sosial dan perselisihan antara adik-beradik yang benar-benar berlaku
dalam masyaraka. Misalnya, dalam poster ini juga meletakkan gambar motor
berkuasa tinggi yang dinaikki oleh Mariana.
Manakala, dalam poster
Perempuan Melayu Terakhir mengisahkan tentang memartabatkan budaya Kemelayuan
dalam masyarakat yang ingin ditonjolkan oleh pengarah. Dalam poster ini
pengarah cuba menonjolkan tentang tajuk iaitu Perempuan Melayu Terakhir dengan
menggunakan warna merah. Hal ini bagi menonjolkan tentang satu-satunya wanita
yang mempunyai ciri-ciri yang sangat sukar untuk ditemui dalam diri wanita lain
lagi.
Penggunaan wayang kulit di
poster sebagai penonjolan dalam poster ini kerana bagi mengangkat tema filem
ini. Tambahan lagi, kisah wayang kulit bernama sutradewi dan ramayan serta
ravana juga mempunyai kaitan dalam cerita ini. Cinta tiga segi antara Mustika,
Engku Leh dan Haikal mempunyai persamaan dengan watak-watak wayang kulit pada
zaman dahulu.
Jenis tulisan yang digunakan
di poster juga sesuai dengan tema dan jalan filem tersebut. Manakala,
penggunaan warna merah jua untuk menegaskan bahawa Mustika adalah watak utama
dan wanita Melayu yang terakhir berada dalam cerita tersebut yang lengkap
dengan ciri-ciri perempuan Melayu yang diingini. Oleh itu, di poster hanya
diletakkan gambar Mustika dan wayang kulit perempuan.
2.0
WATAK PERWATAKAN ( EKSPRESI WAJAH, MANUSIA & BENDA HIDUP SEPERTI HAIWAN,
TUMBUHAN)
Setiap
karya sastera terutamanya genre filem mempunyai pelaku yang kita sebut sebagai
watak. Secara mutlaknya watak itu merupakan pelaku-pelaku dalam karya sastera
tertentu yang kita baca menerusi pembicaraan tentang watak tersebut dan apabila
kita mendalaminya, kita tidak dapat lari dari menyentuh mengenai jenis-jenis
watak yang mungkin terdiri daripada manusia biasa, binatang, dan adakalanya
makhluk ghaib. Watak-watak ini juga tergolong kepada beberapa kelompok atau
jenis watak iaitu watak utama, sampingan, bulat, pipih, putih dan hitam. Watak
itu bukan sahaja sekadar kita hanya perlu menyebut nama watak semata-mata malah
kita perlu juga ketahui jenis golongan tersebut. Maksudnya disini watak boleh
dikatakan juga watak ini adalah merupakan orang yang akan diwujudkan dalam
sesebuah cerita dan menjadi penggerak dalam cerita yang ditulis dan untuk
memahami setiap mesej yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui watak yang
diciptanya, maka sesuatu penganalisaan terhadap watak tersebut harus dilakukan.
Oleh itu, watak yang dikaji nanti boleh dilihat dari segi tanda dan makna agar
pemahaman watak terhadap sesebuah karya yang dibaca itu menjadi mudah.
Bagi
konsep atau pengertian istilah perwatakan pula lebih menjurus kepada
sifat-sifat watak tertentu sama ada sifat fizikal (tubuh badan), pemikiran
serta sifat perlakuan sesuatu watak itu. Perwatakan fizikal yang besar adalah
seperti kurus, gemuk, tinggi, rendah, berkulit hitam atau putih, lelaki ataupun
wanita juga usianya muda atau tua. Manakala perwatakan pemikiran dan
tingkahlaku pula lebih kepada sifat seperti berani, takut, gembira, sedih,
bengis dan sebagainya. Perwatakan ini juga boleh di jelaskan sebagai tingkah
laku dari segi mental dan pemikiran sesuatu watak. Perwatakan yang diwujudkan
oleh pengarang dalam sesebuah cerita boleh menjadi ikon dan perlambangan
terhadap masyarakat sebenar dan keadaan ini seterusnya akan memberikan mesej
kepada masyarakat.
Dalam
filem Maria Mariana pada tahun 1996, elemen dalam watak perwatakan yang cuba
disampaikan oleh pengarah dalam filem ini memainkan peranan penting dalam
keberhasilan filem ini. Elemen dalam watak perwatakan dari konsep ekspresi
wajah iaitu maksudnya pembahagian dan pemilihan jenis watak perwatakan
menggunakan konsep ekspresi wajah terhadap para pelakon. Jenis watak perwatakan
yang menggunakan ekspresi wajah yang baik kebiasaannya diberikan kepada watak
utama, oleh pada itu menerusi filem Maria Mariana ini ekspresi wajah pelakon
Erra Fazira sebagai Maria digambarkan sebagai ekspresi wajah yang melambangkan
seorang yang baik, peramah, sederhana, dan sangat berminat dalam pendidikan.
Ekspresi wajah yang baik selalunya memiliki sebuah dasar aura keilmiahan yang
kuat dan ianya dapat dikenalpasti melalui emosi yang difikirkan dan dirasakan
oleh seseorang pelakon secara positif. Ekspresi wajah yang dipaparkan oleh
watak utama Maria merupakan sebuah emosi yang jelas diperlihatkan melalui
wajah, sebagai contoh dalam filem itu ekspresi wajah sedih, marah dan gembira.
Manakala watak perwatakan yang menggunakan ekspresi muka yang sombong dan
bengis diberikan kepada watak kedua iaitu Mariana kerana melalui ekspresi
wajahnya dapat menggambarkan imej-imej sterotaip yang negatif.
Watak
perwatakan yang digambarkan melalui pelakon pula bermaksud watak perwatakan
yang diberikan kepada pelakon itu bagi memaparkan keadaan watak tersebut di
dalam filem. Watak perwatakan manusia yang pertama menggunakan elemen wanita,
iaitu watak Erra Fazira sebagai Maria yang merupakan seorang ketua keluarga
terhadap ibunya serta menjadi kakak kepada adiknya. Pengarah meletakkan wanita
sebagai watak utama bagi mengaitkan unsur-unsur feminisme di dalam filem Maria
Mariana, yang mana mengembangkan lagi wataknya dengan memfokuskan bahawa Maria
ini seorang yang berani mengambil risiko dan sanggup mempertaruhkan nyawanya.
Seterusnya watak perwatakan Mariana yang digambarkan sebagai wanita yang mudah
terlibat dengan kegiatan sosial dan ini adalah salah satu cabaran bagi
memanjangkan plot cerita. Watak perwatakan yang di gambarkan oleh Mariana juga
merupakan seorang anak yang liar dan selalu membuat masalah dalam keluarganya
sehingga pada suatu hari dia dikenakan tindakan disiplin yang teruk oleh
gurunya sewaktu dibangku sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan watak yang
disampai oleh Ziana Zain sebagai Mariana menunjukka imej yang tidak baik kepada
seseorang yang bergelar wanita. Selain itu juga salah satunya watak lelaki yang
terdapat dalam cerita Maria Mariana itu juga adalah merupakan kesan pergolakkan
berlaku antara dua beradik itu. Watak perwatakkan Roy Azman sebagai Jeffri
menimbulkan lagi sebuah konflik yang membara dalam diri Mariana.
Selain
itu juga, watak perwatakan yang berkonsepkan benda hidup iaitu tumbuhan ataupun
haiwan adalah jelas kelihatan dalam filem ini iaitu dengan penggunaan konsep
watak perwatakan hujan yang lebat sewaktu keadaan konflik berlaku dalam cerita
tersebut. Hujan digunakan sebagai menimbulkan emosi yang sedang berduka dan
bersedih yang dialami oleh keadaan persekitaran.
Filem
Perempuan Melayu Terakhir pula menunjukkan watak perwatakan yang berkonsepkan
ekspresi wajah kelihatan jelas yang digambarkan oleh pelakon yang mendalami
watak dalam cerita ini. Ekspresi wajah yang kelihatan ala-ala anggun dan sopan
digambarkan oleh watak utama iaitu Wanida Imran sebagai Mustika dengan
mengenakan tudung serta pakaian yang sopan juga salah satu ekspresi yang jelas
ketara bahawa dia seorang yang baik. Disebabkan genre filem ini kelihatan
mendatar permulaannya dan diakhiri dengan konflik yang hebat maka ekspresi
wajah yang dipamerkan juga mengikut situasi yang sedang berlaku dalam cerita
tersebut. Manakala ekspresi wajah yang digambarkan oleh Eizlan Yusuff sebagai
Haikal ialah seorang yang tenang emosinya dan memaparkan perilaku yang
baik.gambaran yang diberikan oleh watak Haikal juga ada kalanya btidak
menghormati keputusan yang diberikan oleh orang lain, sebagai contoh dia tetap
juga ingin mendekati Mustika sedangkan dia tahu bahawa Mustika sudah dimiliki
oleh Engku Leh. Watak perwatakan yang sebegini sememangnya menjadi penting
kerana akan ada sebuah konflik samada pertelingkahan dan pembunuhan, ini
menjadikan lagi filem ini lebih menarik dan mencabar. Seterusnya ialah ekspresi
wajah yang digambarkan oleh Azri Iskandar sebagai Engku Leh yang mana mempunyai
ekspresi wajah yang penuh dengan keagamaan bagi mengmabarkan dia sebagai
seorang fundamentalis agama. Keaadaan ini sepatutnya tidak berlaku dalam
kehidupan masyarakat kita lebih-lebih lagi sebagai umat Islam, haruslah
tenangkan hati dan berfikiran secara rasional. Konflik yang cuba ditimbulkan
oleh Engku Leh dalam cerita ini juga salah satu elemen dalam mendalami watak
dan perwatakan supaya ianya berkesan dan benar-benar berlaku.
Selain
itu dalam filem Perempuan Melayu Terakhir juga jelas memaparkan watak
perwatakan Mustika yang memegang watak utama iaitu memiliki tutur kata yang
sopan dan dilambangkan sebagai perempuan Melayu yang sempurna yang juga masih
mengekalkan dan menyayangi elemen kebudayaan Melayu seperti tarian dan kesenian
masyarakat timur. Seterusnya Engku Leh yang mana mempunyai watak perwatakan
yang cukup lengkap keagamaan namun cukup agresif dan tidak menghormati orang
lain. Ini dilihat apabila dia membakar pentas resort ayahnya sendiri kerana dia
menginginkanwanita itu taat kepada agama sahaja. Watak perwatakan Haikal pula
seorang yang tenang dan berfikiran rasional juga seorang yang redha akan
ketentuan Ilahi, ini jelas digambarkan apabila dia ingin sahaja memiliki
Mustika namun Mustika adalah tunangan Engku Leh.
Watak
perwatakan benda hidup iaitu deruan ombak juga berserta dengan angin pantai.
Ini jelas menunjukkan gambaran seseorang yang tenang dan selalu berfikiran
matang terhadap sesuatu yang menimpanya. Keadaan kawasan kampung yang berada di
persisiran pantai adalah salah satu kesan yang efisyen untuk menjelaskan lagi
emosi yang ditonjolkan oleh pelakon dalam cerita Perempuan Melayu
Terakhir.
3.0
MAKE-UP DAN BUSANA
Pelakon dalam filem memiliki
karakter berbeza-beza. Pelakon yang berbeza-beza memerlukan penampilan yang
berbeza mengikut karakter masing-masing. Busana dan tatarias merupakan salah
satu cara menampilkan karakter setiap watak yang diinginkan. Busana dan
tatarias sering bergabung tenaga memandangkan tugasan yang saling berkait rapat
iaitu dalam mengubah pelakon mengikut karakter yang diperlukan. Tidak lengkap
bagi sesebuah filem tanpa adanya sentuhan dari bahagian busana dan tatarias.
Sebagai seorang yang terlibat dalam bahagian busana dan tatarias seseorang itu
harus mempelajari karakter setiap pelakon dan tema dari setiap filem yang akan
ditayangkan. Namun harus diakui bahawa tanpa pelakon yang berprestari tinggi
tidak mungkin juga sesuatu filem itu akan berjaya.
Filem Maria Mariana yang diterbitkan
pada tahun 1996 dan diarahkan oleh Dato’Yusuf Haslam merupakan salah satu filem
yang hebat suatu ketika dahulu. Pelakon utama iaitu Erra Fazira (Maria), Ziana
Zain ( Mariana) dan Edika Yusuf menaikkan lagi filem ini. Bahagian busana dan
tatarias yang terlibat ialah Farina Basnee dan kru. Seterusnya pula ialah filem
Perempuan Melayu terakhir yang ditayangkan pada 1999 karya dan diarahkan oleh
Erma Fatima. Pelakon utama yang terlibat ialah Vanida Imran (Mustika), Eizlan
Yusof (Haikal) dan Azri Iskandar (Engku Leh). Bahagian tatarias dan busana yang
terlibat ialah Yie kun dan kru. Kedua-dua file ini mempunyai gaya dan karakter
pelakon yang berlainan.
Faktor utama yang perlu dititik
beratkan dalam filem Maria Mariana dan Perempuan Melayu ialah menggambarkan
karekter pelakon. Karakter bererti watak dan bahagian busana dan tatarias
berfungsi melukiskan watak pelakon dengan mengubah pelakon meliputi aspek usia
dan imej yang akan dibawa. Misalnya seorang yang sudah berusia tetapi terpaksa
memegang watak sebagai remaja. Disitu bahagian busana dan makeup perlu
memainkan peranan penting. Sebagai contoh di dalam filem Maria Mariana ketika babak di mana Ziana Zain ( Mariana)
dan Erra Fazira (Maria) yang perlu memegang watak di awal cerita sebagai
seorang pelajar sekolah manakala dalam filem Perempuan Melayu Terakhir pula
berkaitan dengan babak di mana Engku Leh perlu bermain dua karakter iaitu yang
ketika di London hidup bersosial tetapi pulang ke kampung berubah menjadi warak
serta watak di mana watak yang perlu dipikul oleh Haikal yang hidup sebagai
suami orang sebelum ini kemudian mencintai tunangan orang pula.
Selain itu, busana dan tatarias dalam
filem Maria Mariana dan Perempuan Melayu Terakhir memiliki beberapa fungsi.
Fungsi pertama meyempurnakan penampilan pelakon. Seseorang pelakon memiliki
kekurangan yang boleh disempurnakan dengan menggunakan busana dan diaplikasikan
dengan tatatarias yang sesuai dengan watak yang dibawakan. Misalnya, untuk
menambahkan lagi ketinggian Mariana supaya bersesuaian dengan karakternya
sebagai penyanyi di kelab malam, maka diharuskan memakai kasut bertumit tinggi.
Manakala watak Maria yang pada mulanya lemah lembut dan kemudian makeup dan
busananya perlu ditukar kepada yang bersifat kemas dan seragam kerana selepas dari
bangku sekolah Maria telah diterima sebagai anggota polis. Dalam filem
Perempuan Melayu terakhir pula ialah watak Mustika yang dipakaikan pakaian yang
seperti perempuan melayu terakhir. Mustika yang dikenakan baju kebaya dan
sering digayakan dengan lace dan alat muzik zaman dahulu. Baju kebaya yang
dipakai mustika betul-betul perlu menepati cirri-ciri zaman yang dikehendaki.
Manakala, bagi seorang yang optimis
digambarkan dengan tarikan sudut mata cenderung ke atas. Sebaliknya tokoh yang
pesimistis cenderung memiliki karekter garis mata yang menurun. Kemudian,
memberi efek gerak pada ekspresi pelakon. Sebagai contoh ketika babak Maria
ingin menyelamatkan kakaknya yang diculik oleh Tony dan Robert. Gaya makeup dan
busana yang ditampilkan menghidupkan lagi watak Mariana ketika itu. dapat
dilihat makeup yang digunakan lagi menampak muka bengis Mariana akibat terlalu
marahkan geng yang menculik kakaknya. Kemudian, dalam filem Melayu Terakhir
pula Engku yang dimakeupkan untuk menampakkan wajah mulus dan sopan Engku Leh.
Engku Leh yang dikenakan sedikit celak dibawah mata dan sering memakai turban
setiap dia berhijrah.
Terakhir ialah menambah aspek
dramatik. Peristiwa filem selalu tumbuh dan berkembang. Para pelakon mengalami
berbagai peristiwa sehingga terjadi perubahan pada tatarias dan busana.
Misalnya babak di dalam Maria Mariana di mana Maria tercedera ditembak ketika
diculik. Disitu bahagian tatarias terpaksa meletakkan darah ditempat tercedera.
Manakala dalam filem Perempuan Melayu Terakhir pula watak di mana Mustika
menangis sayu mengenangkan sikap Engku Leh lebih mengutamakan hal-hal keagamaan
dan menentang sekeras-kerasnya unsur-unsur yang melalaikan dan yang membawa
kemungkaran. Konflik timbul apabila Mustika masih ingin mengekalkan dan
menyayangi budaya Melayu seperti tarian dan kesenian sedangkan Engku Leh mahu
dia menjadi perempuan yang taat dengan agama. Bagaimana bahagian yang terlibat
dalam tatarias mengubah wajah Mustika dan mencipta air mata.
Kesimpulannya, sebelum kita
memadankan busana seseorang pelakon, kita sudah mempunyai idea bagaimana
merubah gaya dan imej pelakon tersebut sesuai dengan watak yang ingin
dibawakannya. Busana dan tatarias amat penting dalam memastikan karakter
seseorang pelakon filem itu menyerlah dan menonjol. Bahagian juruhias dan
tatarias yang berkaliber dan profesional juga memainkan peranan penting.
4.0 LATAR BELAKANG TEMPAT DAN MASA FILEM PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR
Latar tempat bermaksud latar yang menggambarkan lokasi terjadinya peristiwa yang diceritakan di dalam sesebuah cerita. Penggambaran latar tempat ini hendaklah tidak bertentangan dengan realiti tempat yang bersangkutan sehingga pembaca tidak yakin dengan perkara yang cuba disampaikan oleh pengarah. Latar masa pula bermaksud latar yang menggambarkan masa sesuatu peristiwa itu terjadi. Dalam sebuah cerita sejarah, hal ini sangat diperhatikan. Hal ini kerana masa dan waktu yang tidak konsisten akan menyebabkan racunnya sejarah itu sendiri. Latar masa juga meliputi keadaan masa proses penceritaan.
Latar tempat bermaksud latar yang menggambarkan lokasi terjadinya peristiwa yang diceritakan di dalam sesebuah cerita. Penggambaran latar tempat ini hendaklah tidak bertentangan dengan realiti tempat yang bersangkutan sehingga pembaca tidak yakin dengan perkara yang cuba disampaikan oleh pengarah. Latar masa pula bermaksud latar yang menggambarkan masa sesuatu peristiwa itu terjadi. Dalam sebuah cerita sejarah, hal ini sangat diperhatikan. Hal ini kerana masa dan waktu yang tidak konsisten akan menyebabkan racunnya sejarah itu sendiri. Latar masa juga meliputi keadaan masa proses penceritaan.
Antara latar tempat yang
dapat dilihat di dalam Filem Perempuan melayu Terakhir adalah di resort
Terengganu. Adegan yang telah berlaku di Terengganu ialah, Haikal yang Tinggal
di resort Pak Engku menemui Mestika lalu telah jatuh hati padanya, tetapi Mestika
telah bertunang dengan Engku Leh iaitu seorang fundamentalis agama. Ini
menyebabkan Haikal dalam dilema dan Mestika juga harus memilih Haikal atau
Engku Leh. Mestika mengenali Engku Leh sejak mereka berada di asarama lagi
tetapi, Sekembalinya Engku Leh dari London, Engku Leh lebih mengutamakan
hal-hal keagamaan dan menentang sekeras-kerasnya unsur yang melalaikan dan yang
membawa kemungkaran.
Seterusnya latar tempat di
Negeri Kedah. Contohnya ialah Haikal yang masih tidak putus asa menggunakan
tipu muslihatnya untuk membawa Mestika ke Kedah iaitu kampung Haikal untuk
melihat anaknya, Sofia. Haikal mahu Mestika menjaga dan membesarkan anaknya
dalam suasana Melayu seperti yang diinginkan oleh Linda. Haikal ingin memberi
aptung wayang kulit Ramayana dan Sitadewi kepada Mestika tetapi tidak mengenali
watak Ravana.
Latar tempat seterusnya
ialah di resort Pak Engku, iaitu tempat di mana mereka selalu berkumpul dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu juga, temat ini adalah tempat
pertemuan kembali di antara Haikal dan Mustika.
Seterusnya adalah latar masa
yang terdapat di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir ialah pada waktu malam.
Kejadian yang berlaku pada waktu malam ini adalah Mestika yang dalam dilema
bermain gamelan seorang diri. Setelah itu, kedatangan Haikal kepadanya
menyatakan bahawa bunyi gamelan Mestika seolah-olah memanggilnya dan dia tidak
meminta untuk mencintai Mestika tetapi perasaan itu sendiri yang lahir dengan
sendirinya. Namun begitu, Mestika yang masih berpegang dengan adat ketimuran
dan setianya hanya kepada Engku Leh.
Latar seterusnya adalah pada
waktu petang. Setelah sekembalinya dari Kedah, orang-orang Engku Leh telah
melaporkan kepadanya bahawa Mestika telah kembali dengan membawa seorang bayi.
Mereka melihat bahawa Mestika dan Haikal seolah-olah tertarik kepada satu sama
lain.
Seterusnya pada waktu pagi,
Haikal menemui Mestika pada waktu pai sebelum dia bertolak pulang ke Kuala
Lumpur dan tahu bahawa Mestika tetap akan dengan Engku Leh. Setelah beberapa
tahun berlalu, Haikal berjaya mementaskan teaternya yang bertajuk “Perempuan
Melayu Terakhir” yang dibintangi oleh artis-artis terkenal. Teater ini
mengisahkan tentang dilema di antara dirinya, Mustika dan Engku Leh di mana
Engku Leh dan Mustika menjadi suami isteri yang sah. Pada masa yang sama,
Mustika dan Engku Leh bersedia diijabkabulkan dengan penuh istiadat. Pak Engku
menjemput Haikal untuk menghadiri majlis perkahwinan Mustika dan Engku Leh.
Latar Tempat yang terdapat
dalam filem Maria Maria arahan Dato Yusuf Haslam bertempat di Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur merupakan satu tempat yang sangat strategik dalam cerita ini.
Sebagai contohnya, filem ini banyak mengisahkan tentang keluarga yang membesar
di Kuala Lumpur. Mariana yang merupakan seorang gadis liar sering meghabiskan masanya
dengan melepak dan bergaul dengan mat rempit dan kaki kelab. Mariana turut sama
terlibat dalam perlumbaan haram di Kuala Lumpur.
Latar tempat seterusnya
adalah di pejabat Polis Kuala Lumpur. Pejabat ini merupakan tempat ayah dan
Mariana berkerja. Mereka berdua merupakan seorang pols di Kuala Lumpur. Maria
telah mencuburi dalam bidang pegawai polis sejak keluar dari Universiti lagi.
Maria telah mengikut jejak langkah ayahnya sebagai seorang anggota polis di
Kuala Lumpur.
Latar masa yang terdapat di
dalam Filem Maria Mariana ini ialah pada waktu malam. Antara adegan yang
berlaku pada waktu malam adalah Maria sering keluar pada waktu malam dengan
melepak dengan kawan-kawannya yang sering merempit dan lepak di kelab.
Seterusnya latar masa pagi.
Setiap hari, Mariana akan dimarahi oleh bosnya di pejabat kerana sering datang
lewat ke tempat kerja. Mariana telah membuat keputusan untuk berhenti kerja
masa itu juga kerana dia tidak suka boasnya masuk campur urusan peribadinya.
Baginya, hal peribadinya tidak perlu orang nak pertikaikan.
5.0
PERALATAN – BENDA BUKAN HIDUP (MEMBANTU WATAK@ELEMEN PENTING DALAM CERITA)
1. Maria
Mariana 1996
Filem Maria Mariana
memaparkan elemen permotoran atau motorbike. Terdapat pelbagai jenis motor yang
digunakan dalam filem ini, antaranya RXZ dan motor-motor besar yang pelbagai
jenis. Tidak kira perempuan atau lelaki dalam filem ini boleh menunggang motor,
contohnya watak Maria dan Mariana. Watak Mariana seorang gadis yang liar dan
terlampau sosial menunggang sebuah motor yang berkuasa tinggi dan pernah
ditahan oleh polis kerana terlibat dalam lumba haram.
Selain
itu, rokok juga merupakan elemen penting yang dipaparkan dalam filem untuk
mengetengahkan masalah sosial dalam kalangan remaja atau masyarakat dan juga
tidak mengira jantina. Dapat dilihat semasa zaman persekolahan lagi Mariana
berjinak-jinak dengan rokok sehingga dia dewasa. Secara tidak langsung dapat
dilihat masalah sosial dan tidak disiplin masyarakat.
Pistol
dan walkie-talkie juga antara elemen penting dalam filem ini untuk menaikkan
lagi watak sebagai anggota polis. Aksi kejar-mengejar antara Maria dan pasukan
polisnya untuk menangkap penjenayah yang memalsukan wang haram, Maria dan
pasukannya menggunakan walkie-talkie untuk berhubung untuk mendapatkan arahan
dan informasi. Pistol juga ada juga digunakan oleh penjenayah semasa operasi
menyelamatkan Mariana daripada tangan Tony sehingga Maria hampir terbunuh
kerana terkena peluru pistol tersebut.
Dapat
juga dilihat, basikal yang digunakan oleh Maria Dan Mariana semasa zaman
persekolah mereka berdua terdapat perbezaan jenis basikal antara mereka berdua
untuk memeberitahu kepada penonton bahawa walaupun Maria dan Mariana perempaun
dan adik-beradik mereka mempunyai perangai yang berbeza. Maria merupaka seorang
anak yang memang diimpikan oleh semua orang tua di dunia ini kerana baik, bijak
dan bersopan, manakala berbeza pulan dengan Maria yang mempunyai masalah
disiplin dan terlampau sosial sejak kecil lagi sehingga arwah ayah dan emaknya
tidak dapat mengawal perngai degilnya lagi.
Tambahan
lagi, dalam filem ini juga terdapat ada memaparkan tentang kegiatan kelab
malam. Tempat di mana Mariana dan kawan-kawannya, Roy selalu lepak hamper
setiap sehinggakan dia berkali-kali telah diberhentikan kerja kerana tidak
berdisiplin dan selalu datang lambat ke tempat kerja. Mariana juga kadang-kala
menyanyi di kelab malam dan hampir semua meminati suaranya. Selain itu, dalam
kelab malam memang tidak asing lagi dengan minuman iaitu arak dan rokok. Itu
yang melalaikan masyarakat.
Akhir
sekali, elemen khas yang digunakan dalam filem ini adalah suasana atau tempat
seperti lorong-lorong kecil, gelap dan jauh daripada orang ramai amat membantu
watak-watak untuk penjenayah melakukan aktiviti haram. Misalnya, Robert dan
Tony merupakan penjenayah yang amat dikehendaki oleh polis kerana memalsukan
wang secara haram dan di sebuah lorong gelap jugalah Robert Berjaya ditangkap
oleh polis. Selain itu, disebuah gudang yang tak digunakan, Mriana hampir
dirogol oleh Roy.
2.
Perempuan Melayu Terakhir
1999
Filem Perempuan Melayu
Terakhir memntingka budaya kemelayuan dalam masyarakat. Antara peralatan yang
digunakan untuk menaikkan dan memperjelaskan lagi budaya kemelayuan itu adalah
alat muzik gamelan. Sebagai mana yang kita tahu gamelan merupakan alat muzik
yang tardisional yang dimainkan sejak dari zaman dahulu lagi apa yang
membezakan adalah jenis perbuatan dahulu dengan sekarang. Misalnya dapat
dilihat pada watak Mustika seorang gadis yang cintakan kesenian, dia bermain
alat muzik gamelan seorang untuk menyatakan perasaannya yang sedang bersedih
kerana tunangannya Engku Leh telah berubah dan dia berharap Engku kembali
seperti dahulu.
Wayang kulit juga merupakan alat yang penting
yang digunakan dalam filem ini untuk menaikkan lagi temanya. Wayang kulit
sememangnya menjadi lambang dalam masyarakat melayu. Kalau dahulu masyarakat
melayu menggunakan wayang sebagai hiburan kerana belum ada televisyen, sekarang
wayang kulit dimainkan untuk memberi tahu dan menarik minat generasi muda
sekarang untuk terus mengekalkan tradisi melayu. Sebagai contohnya, dalam filem
ini Haikal bercerita kepada anaknya Sofia mengenai watak-watak wayang kulit
iaitu Ramayana dan Sitadewi yang saling menyintai antara satu sama lain manakala
Ravana sentiasa cuba pelbagai helah untuk mencuri Sitadewi tetapi usaha gagal.
Tarian
dan pentas kesenian juga merupakan salah satu alat yang ingin ditonjolkan dalam
filem ini mengenai warisan kemelayuan. Tarian dan pentas kesenian memang telah
sebati dengan diri Mustika yang menyayangi budaya Melayu. Susun atur dan reka
pentas teater sangat memperlihatkan ciri-ciri kemelayuan yang asli. Tarian yang
ditarikan oleh Mustika juga mempunyai nilai-nilai melayu dan kesopanan dalam
adat Melayu.
6.0
SIMBOL DALAM POSTER – SEMUA SIMBOL, REKABENTUK, ABJAD, NOMBOR, WARNA, GARISAN
Simbol
dalam filem ini sangat kuat menunjukkan gejala sosial iaitu merempit, yang
berlaku dalam filem ini dan juga telah menunjukkan bahawa watak dalam filem ini
sangat sosial dan bahaya dan juga pergaulan lelaki dan perempuan sangat bebas
di tunjukkan di dalam poster ini.
Selain
itu susunan gambar – gambar pelakon juga memainkan peranan yang penting untuk
penonton dan menjadikan satu tanggapan pertama penonton terhadap filem. Susunannya
menampakkan bahawa Maria (Erra Fazira) lebih menonjol gambarnya berbanding
Mariana (Ziana Zain) dan gambar rauk wajah Maria kelihatan sangat murang. Di situ
telah menggambarkan bebanan yang berat ditanggung olehnya selepas kematian
ayahnya dan gambar seorang lelaki diletakkan di bahagian tengah, bertujuan
untuk menampa kan bahawa lelaki itu menjadi rebutan antara dua watak Maria dan
Mariana.
Selain
itu, penggunaan warna terhadap gambar lelaki itu. Terdapat hitam dan putih pada
gambar lelaki iaitu Jefri (Edika Yusof ), hal ini kerana watak Jefri ini mempunyai
baik dan jahat. Penggunaan warna hitam dan putih telah melambangkan sikap baik
dan buruk yang ada pada watak jefri. Seterusnya, penggunaan warna pada tulisan
“MARIA MARIANA”. Penggunaan warna kuning merah telah melambangkan pada mulanya
cerita ini sangat menceriakan dan di akhiri dengan kesedihan dan kepahitan.
Penggunaan warna langit pada warna latar belakang poster ini menggambarkan
tentang kehidupan sebuah kekeluargaan dalam filem Maria Mariana.
Seterusnya, perkataan “hebat mantap dan sengsasi” diletakkan
warna merah. Hal ini bertujuan kerana, untuk menampakkan lagi kehebatan filem
ini kepada penonton dan mampu diterima oleh semua yang menonton filem Maria Mariana.
Akhir sekali, reka bentuk poster filem Maria Mariana. Editor membuat satu poster
yang mudah penonton memahami sesebuah cerita kerana susunan pelakon telah
memudahkan penonton untuk mengetahui siapa watak utama dan watak sampingan dan
memudahkan penonton untuk memahami sesuatu isu yang ingin di utamakan dalam
filem Maria Mariana.
6.1 SIMBOL DALAM POSTER – SEMUA SIMBOL, REKABENTUK, ABJAD,
NOMBOR, WARNA, GARISAN
Simbul
penggunaan gambar wayang kulit dapat dilihat pada poster perempuan melayu
terakhir menunjukkan tentang kebudayaan dalam filem ini dan ianya berkaitan
juga dengan cerita perempuan melayu terakhir ini mengisahkan tentang kebudayan
dalam pementasan dan tarian.
Selain
itu, kelihatan juga bentuk api yang dapat dilihat pada bawah gambar wayang
kulit itu dan menunjukkan akan ada sesuatu yang buruk dan bahaya akan berlaku
dan juga telah menggambarkan kepada penonton tentang sesuatu konflik akan
berlaku dalam cerita ini.
Seterusnya,
terdapat satu lagi gambar wayang kulit dibelakng gambar yang pertama, tetapi
gambar ini dipudarkan warna kerana ingin menampakkan bahawa kesenian dan
kebudayaan dalam seni pementasaan atau tarian kebudayaan telah pudar dan
semakin ditelan arus ekonomi moden. Terdapat juga gambar pelakon wanita,
perempuan melayu terakhir di gambar wayang kulit dan warnanya pudar. Hal ini
kerana ingin menampakkan bahawa wanita ini seorang yang meminati seni yang
hampir pupus ini dan ingin menampakkan keperibadiaan wanita ini seorang yang
lemah lembut, baik dan sopan santun.
Penggunaan
warna tulisan perempuan melayu terakhir lebih banyak penggunaan warna merah,
hal ini kerana ingin menampakkan kegigihan seorang wanita yang ingin
membuktikan kepada semua orang bahawa seorang wanita mampu melakukan sesuatu
yang lain dari kerja dirumah iaitu memasak, basuh kain, sapu sampah dan lain-
lain.
Penggunaan
warna merah dapat dilihat pada tulisan nama pelakon- pelakon untuk
menggambarkan kegigihan dan usaha untuk mendapatkan sesuatu yang di tunjukkan
oleh watak Haikal yang pergi ke Terengganu untuk mencari ilham atau idea bagi
pementasannya dan usaha untuk mendapatkan cinta hatinya iaitu Mustika dan juga
ketabahan Mustika dengan tunangnya iaitu engku Leh.
Seterusnya,
editr meletakkan gambar- gambar wayang kulit di tengah- tengah kerana untuk
menampakkan kisah sesbuah cerita dalam filem ini dan sedikit konflik yang
terdapat dalam cerita ini.
Watak
pelakon utama di letakkan sendiri dan menampakkan keceriaan pada wajah pelakon
perempuan melayu terakhir di dalam poster perempuan melayu terakhir, kerana
ingin menampakkan bahawa mustika ini seorang yang pada mulanya seorang yang
ceria, tabah, tenang dan baik.
No comments:
Post a Comment